Sunday 17 April 2011

Etika Berblog

Mari kita lihat apakah etika-etika yang perlu diikuti.

Sebelum kita mulakan, ingin aku nyatakan di sini, etika-etika di bawah TAK semestinya betul 100 peratus, jika ada kesilapan atau penambahan, sila maklumkan di ruangan komen. Ok, mari kita mulakan :
  • Sekiranya kau menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan fakta, PASTIkan ianya betul dan disokong oleh beberapa sumber atau bukti yang kukuh.
  • Jikalau kau mengambil gambar, idea atau kandungan entri dari blog lain, JANGAN lupa memberikan kredit dengan meletakkan ‘links’ atau sumber dari mana ia diambil, sekurang-kurangnya penulis asal entri tersebut tidak menaruh perasaan marah atau terkilan dengan perbuatan kau. Tidak salah sebenarnya mengambil, aku pun begitu juga, tapi jangan lupa meletakkan kredit sebagai tanda terima kasih..
  • Tulislah dengan bahasa yang indah, indah di sini bukan bermaksud bahasa berkias, berbunga atau yang seangkatan dengannya, tapi bahasa yang tidak kasar, tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati dan perasaan orang lain..Ohh..
  • Jangan sesekali kau menyuruh orang lain/pembaca bersetuju dengan pandangan kau, kerana siapa kau untuk menyuruh mereka berbuat demikian..Setiap orang mempunyai hak dan pandangan masing-masing..
  • Sekiranya kau tersilap atau tersalah ketika menulis entri, jangan berasa segan untuk meminta maaf dan membetulkannya, kau tahu kan tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini melainkan Nabi Muhammad s.a.w? Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan..
  • Kalau kau memberikan ulasan tentang sesuatu, jangan sesekali bias atau bersikap berat sebelah, tapi ianya berlainan sekiranya kau memberikan pendapat kau, tak faham? Andaikan sekiranya kau menulis mengenai wordpress, walaupun ianya bagus, jangan memperlekehkan cms yang lain, kau cuma dapat memberikan pendapat kau sahaja, ingat ya, pendapat kau boleh menjurus ke arah positif dan negatif..Janganlah kau ingin menaikkan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, kau menjatuhkan pihak yang lain..
  • Jangan sesekali meyentuh soal perkauman, isu-isu yang dapat menjadikan kau buruan ISA dan isu-isu lucah..Teruskan sekiranya kau mahu disaman..hehe


No comments:

Post a Comment